Minggu, 10 April 2011

Pemerintahan Bani Ummaiyyah dan Abbasiyah

Kerajaan Bani Ummaiyyah dan Abbasiyah
Oleh : Drs. Agus Subandi Guru SMAN 5 Karawang


Halaman Masjid Ummaiyyah di Damsyik menjadikannya salah satu simbol kekuatan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kerajaan Bani Ummaiyyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn);Parsi امویان (Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umaiyyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.
Pemerintahan Ummaiyyah
Rencana utama: Proses Penubuhan Kerajaan Bani Umaiyyah


Masjid Ummaiyyah antara seni bina agung Kerajaan Ummaiyyah. Di dalamnya terdapat makam Nabi Yahaya a.s.
Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketigaIslam, Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijriah,kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.
Memandangkan pembunuh Saidina Uthman belum dihukum oleh Saidina Ali ,Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657.Beliau tidak mengiktiraf Saidina Ali menjadi khalifah kerana Muawiyah telah menuduh Saidina Ali terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik.


Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.
Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusiadan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.
Kronologi Kerajaan Bani Ummaiyyah
 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
 713M- Penaklukan Multan.
 716M- Serangan ke atas Constantinople.
 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Khalifah Ummaiyyah di Damsyik
 Muawiyah I ibni Abu Sufyan, 661-680
 Yazid I ibni Muawiyah, 680-683
 Muawiyah II ibni Yazid, 683-684
 Marwan I ibni Hakam, 684-685
 Abd al-Malik ibni Marwan, 685-705
 al-Walid I ibni Abd al-Malik, 705-715
 Sulaiman ibni Abd al-Malik, 715-717
 Umar ibni Abd al-Aziz, 717-720
 Yazid II ibni Abd al-Malik, 720-724
 Hisham ibni Abd al-Malik, 724-743
 al-Walid II ibni Yazid II, 743-744
 Yazid III ibni al-Walid, 744
 Ibrahim ibni al-Walid, 744
 Marwan II ibni Muhammad, 744-750
Khalifah di Cordoba
 Abd ar-Rahman I, 756-788
 Hisham I, 788-796
 al-Hakam I, 796-822
 Abd ar-Rahman II, 822-852
 Muhammad I, 852-886
 al-Mundhir, 886-888
 Abdallah ibni Muhammad, 888-912
 Abd ar-Rahman III, 912-961
 Al-Hakam II, 961-976
 Hisham II, 976-1008
 Mohammed II, 1008-1009
 Sulaiman, 1009-1010
 Hisham II, menaiki takhta semula, 1010-1012
 Sulaiman, menaiki takhta semula, 1012-1017
 Abd ar-Rahman IV, 1021-1022
 Abd ar-Rahman V, 1022-1023
 Muhammad III, 1023-1024
 Hisham III, 1027-1031
Sahabat Rasulullah s.a.w.
Ini adalah sebahagian daripada Sahabat Rasulullah s.a.w. daripada Bani Ummaiyyah:
 Marwan ibni Al-Hakam
 Muawiyah ibni Abu Sufyan
 Abu Sufyan ibni Harb
Kerajaan Bani Abbasiyyah


Peta dunia semasa kemuncak zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: العبّاسدين al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkanBaghdad.
Revolusi menentang Ummaiyyah
Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Saidina Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraish yang berlainan daripada keturunan nabi.


Wilayah Abbasiyyah semasa pemerintahan KhalifahHarun al-Rashid.
Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.
Masalah dan Cabaran
Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara Parsi lama, malah menggunakan kembali batu-batu dari binaan Parsi bagi membina bangunan di pusat pentakbiran baru mereka. Bani Abbasiyyah membangunkan pemerintahan muslim mereka dan meniru pemerintahan mutlak Parsi. Mereka turut mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab Muslim ke sana. Hal ini membantu mengintegrasikan budaya Arabdan Parsi tetapi langkah ini mengasingkan banyak penyokong berbangsa Arab mereka.


Duit syiling semasa pemerintahan KhalifahHarun al-Rashid.
Keadaan ini dengan cepat menimbulkan banyak masalah. Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyoldan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah.
Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah. Golongan Syiah banyak membantu Abbasiyyah memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Abbasiyyah ialah AhliSunah Waljamaah dan mereka menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja memegang kuasa. Hal ini mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik.
Ancaman ini mendorong Khalifah Bani Abbasiyyah untuk memusnahkan musuh mereka dengan kejam, melaksanakan upacara istana yang mewah, dan membiayai penulisan moden. Keadaan inilah menjadi asas bagi penulisan kesah Seribu Satu Malam, kumpulan cerita yang menggambarkan kemewahan Timur yang ditulis di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyyah.
Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar Byzantinesedang berperang dengan Kerajaan Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah di Anatolia dan Syria. Bagaimanapun dari sudut pandangan barat, kebangkitan Puak Bani Abbasiyyah adalah penting, bukan sahaja kerana kerana perkembangan dalam penulisan dan lagenda, tetapi juga kerana kecenderungan mereka kearah timur telah mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, membenarkan negara Byzantian keupayaan untuk bangkit kembali, dan puak Frank jauh di barat untuk mulai membentuk kekuatan mereka. Pemerintah Frank, Charlemagne mengekalkan hubungan diplomatik dengan khalifah Harun al-Rashid yang telah menghantar hadiah seekor gajah kepada puak Frank.
Mamluk
Rencana utama: Mamluk


Peta empayar Islam Abbasiyyah pada zaman kemuncaknya.
Apabila kuasa Bani Bani Abbasiyyah mulai merosot pada pertengahan abad ke sepuluh, terdapat tempoh perpecahan yang berlarutan. Punca utama kelemahan Bani Bani Abbasiyyah adalah kemerosotan asas ekonomi utama mereka, kekayaan dari perladangan di lembah Tigris-Euphrates. Selain itu kerajaan Abbasiyyah turut menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman Khalifah al-Mu'tasim (833-842) dan zaman pemerintahan khalifah berikutnya iaitu Khalifah al-Wathiq (842-847). Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam.
Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara perlahan sehinggalah mereka merampas kuasa. Selepas itu, pemimpin Bani Abbasiyyah menjadi boneka sehingga khalifah mereka dimusnahkan sepenuhnya oleh puak Mongol pada 1258. Daripada 945 sehingga abad ke enam belas politik dunia Islam dikuasai oleh politik tempatan dengan beberapa pemerintah lemah berlainan, seringkali orang Turki yang memerintah kawasan berlainan. Bagaimanapun kebudayaan Islam terus berkembang semasa "tempoh pertengahan", terutamanya antara 900 sehingga 1250, pada masa yang sama apabila pemerntahan Islam berkembang ke Turki moden dan India. Kemudian empayar Islam moden muncul, yang menonjol di barat adalah Othman Turki yang mengawal sebahagian besar Eropah barat dan Timur Dekat dari abad ke lima belas sehingga 1918.
Kesarjanaan semasa zaman Abbasiyyah
Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan.


Istana Abbasiyyah.
Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat KristianEropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal diEropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya.
Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan (styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic, dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian.
Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentakbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hosital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat. Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala.
Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation.
Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar matematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik.
Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang berbentuk bulat.
Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.
Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac.
Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.
Lihat juga Sejarah Islam
Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah
 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
 1144M- Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
Khalifah Abbasiyyah Baghdad
 Abu al-Abbas al-Saffah 750 - 754
 Al-Mansur 754 - 775
 Al-Mahdi 775 - 785
 Al-Hadi 785 - 786
 Harun al-Rashid 786 - 809
 Al-Amin 809 - 813
 Al-Ma'mun 813 - 833
 Al-Mu'tasim 833 - 842
 Al-Wathiq 842 - 847
 Al-Mutawakkil 847 - 861
 Al-Muntasir 861 - 862
 Al-Musta'in 862 - 866
 Al-Mu'tazz 866 - 869
 Al-Muhtadi 869 - 870
 Al-Mu'tamid 870 - 892
 Al-Mu'tadid 892 - 902
 Al-Muktafi 902 - 908
 Al-Muqtadir 908 - 932
 Al-Qahir 932 - 934
 Ar-Radi 934 - 940
 Al-Muttaqi 940 - 944
 Al-Mustakfi 944 - 946
 Al-Muti 946 - 974
 At-Ta'i 974 - 991
 Al-Qadir 991 - 1031
 Al-Qa'im 1031 - 1075
 Al-Muqtadi 1075 - 1094
 Al-Mustazhir 1094 - 1118
 Al-Mustarshid 1118 - 1135
 Ar-Rashid 1135 - 1136
 Al-Muqtafi 1136 - 1160
 Al-Mustanjid 1160 - 1170
 Al-Mustadi 1170 - 1180
 An-Nasir 1180 - 1225
 Az-Zahir 1225 - 1226
 Al-Mustansir 1226 - 1242
 Al-Musta'sim 1242 - 1258
Khalifah Abbasiyyah Kaherah
 Al-Mustansir II 1261
 Al-Hakim I 1262-1302
 Al-Mustakfi I 1302-1340
 Al-Wathiq I 1340-1341
 Al-Hakim II 1341-1352
 Al-Mu'tadid I 1352-1362
 Al-Mutawakkil I 1362-1383
 Al-Wathiq II 1383-1386
 Al-Mu'tasim II 1386-1389
 Al-Mutawakkil I (menaiki takhta semula) 1389-1406
 Al-Musta'in 1406-1414
 Al-Mu'tadid II 1414-1441
 Al-Mustakfi II 1441-1451
 Al-Qa'im 1451-1455
 Al-Mustanjid 1455-1479
 Al-Mutawakkil II 1479-1497
 Al-Mustamsik 1497-1508
 Al-Mutawakkil III 1508-1517
Pautan Luar
 (Inggeris) Abbasids (750-1517)
 (Inggeris) Abbasids the 2nd dynasty of caliphs
 (Inggeris) Abbasid Caliphs (In Our Time, Radio 4), in Streaming RealAudio
 (Inggeris) An On-Going Detailed Account of the History of the Abbasids from an Islamic perspective. Most of the narrations have been sifted through to avoid "biased" theories regardless if the historians as mentioned are Shiite or Sunni.
 (Inggeris) Abbasid Caliphate entry in Encyclopaedia Iranica

Tidak ada komentar:

Posting Komentar